Pihak yang campur tangan Rampasan_kuasa_Chile_1973

Amerika Syarikat

Banyak negara dunia mengesyaki keterlibatan Amerika Syarikat dalam kudeta ini. pihak negara tersebut menafikan dakwaan sebegini pada awalnya menurutu laporan akhbar awal,[9][10] namun sebuah rencana New York Times yang mengkiritk kegiatan tersebut mendorong penyiasatan lanjut oleh Senat Amerika Syarikat.[10]

Laporan yang menyimpulkan penyiasatan ini menyatakan bahawa CIA "menyokong junta tentera itu secara aktif setelah menjatuhkan pemerintahan Allende namun tidak membantu Pinochet dalam pengambilalihan jawatan Presiden negara tersebut."[11]

Australia

Sebuah stesen milik Perkhidmatan Perisikan Rahsia Australia (ASIS) ditubuhkan berdekatan kedutaan negara tersebut pada bulan Julai 1971 atas permintaan CIA dengan pengesahan William McMahon, Menteri Luar Negeri negara tersebut pada ketika itu. Operasi ini ditutup oleh Perdana Menteri Gough Whitlam beberapa minggu selepas diberitau mengenainya pada bulan Februari 1973, namun tidak semua anggota ASIS meninggalkan Chile sehingga sebulan selepas kudeta tersebut dijalankan pada Oktober 1973.

Rujukan

WikiPedia: Rampasan_kuasa_Chile_1973 http://www.cedec.cl/DownloadDokument/CEDEC_PREP_MA... http://www.museodelamemoria.cl http://www.salvador-allende.cl/Biblioteca/verdugo.... http://santiagotimes.cl/2014/05/26/new-declassifie... http://www2.gwu.edu/~nsarchiv/NSAEBB/NSAEBB8/nsaeb... http://www1.lanic.utexas.edu/project/castro/1971/ http://books.google.es/books?id=SKbbZ6NI3psC&dq=el... http://www.logoslibrary.eu/document.php?document_i... https://books.google.com/books?id=fRdTAAAAQBAJ&pg=... https://news.google.com/newspapers?nid=BZGggv0hN9s...